Pertemuan MPP UMPSA Bersama PIMPIN
13 Januari, Pekan - Pusat Islam dan Pembangunan Insan UMPSA telah menerima kunjungan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMPSA. Seramai 4 orang wakil MPP diketuai oleh Arvind A/L Pathmanathan hadir bagi membincangkan inisiatif dan kolaborasi program pembangunan insan di kampus UMPSA.
Pengarah PIMPIN, Dr Ahmad Irfan yang turut diiringi dengan Ketua-ketua Unit PIMPIN, menggesa agar usaha yang serius perlu dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran yang sejahtera (Bi’ah Solehah) dalam kampus. Selain usaha mencegah kemungkaran, semua warga kampus bertanggungjawab mengajak dan menasihati golongan mahasiswa khasnya agar menjauhi perkara yang bercanggah dengan undang-undang dan agama.
Latest News
04 February 2026
04 February 2026