SEMINAR WANITA PROFESIONAL HIMPUNKAN WANITA BERKERJAYA
Kuantan, 28 Ogos 2019 – Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN), Universiti Malaysia Pahang dengan kerjasama Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang telah menganjurkan Program Seminar Wanita Profesional. Seramai 130 orang peserta telah menghadiri dalam program ini. Program ini lebih fokuskan kepada isu-siu berkaintan wanita.
Antara objektif program ini adalah meningkatkan kesedaran terhadap hak-hak wanita selari dengan Syariah Islam. Seterusnya memberi ilmu berkaitan pengurusan emosi serta menangani stress dalam kalangan wanita wanita serta meningkatkan kesedaran kepada wanita mengenai isu pengurusan kewangan pada masa kini.
Antara pengisian menarik dalam program ini adalah Elak ICU Kewangan oleh: En.Saidi bin Ya'acob, Slot 2: Pengurusan Emosi Wanita oleh: Puan Norwani Binti Ahmat, Slot 3: Perkongsian Pengalaman Cabaran Seorang Ibu membesarkan anak pesakit ADHD With Disleksia oleh: Puan Fatimahnor Binti Hj. Besar dan Slot 4: Isteri Nusyuz vs Suami Dayus oleh: Tn Haji Norazman bin Amat.
Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).