PROGRAM BRIGED MAHASISWA SEMAI SIFAT SAYANG & CINTAKAN MASJID
Masjid UMPSA Gambang - 11 April 2026 - Program Briged Mahasiswa telah
berjaya dilaksanakan dengan penglibatan pelajar dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Program ini bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan, kerjasama berpasukan serta tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk kerja-kerja gotong-royong seperti mengecat dan menceriakan kawasan kemudahan awam. Sepanjang program berlangsung, para pelajar menunjukkan komitmen yang tinggi serta sikap bekerjasama dalam menjayakan aktiviti yang dirancang. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada persekitaran, malah turut membentuk nilai kepimpinan dan jati diri dalam kalangan peserta. Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. #biahsolehah #pimpinpesan #UMPSAMalaysia