OFFICIAL PORTAL    

News

BENGKEL PEMURNIAN MODUL MYIC

BENGKEL PEMURNIAN MODUL MYIC

Cherating 29 & 30 Jun  – Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) dengan kerjasama Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang telah mengadakan Bengkel Pemurniaan Modul My Intellectual Circle (MyIC).

Bengkel telah dihadiri daripada kalangan pensyarah SoftSkill iaitu Dr Mansor Bin Sulaiman, Dr Hilmi Bin Mat Said, Dr Suhardi Bin Mat Jusoh, Dr Rohana Binti Hamzah & Dr Anita Binti Abdul Rani serta staf PIMPIN daripada Unit Pembangunan Insan.

Antara objektif bengkel pemurnian ini adalah melihat kembali silibus atau topik yang sedia ada dalam modul My Intellectual Circle (MyIC) untuk pemurniaan serta penambahbaikan. Selain itu, melihat kembali serta membincangkan jawapan-jawapan untuk buku bank soalan bagi modul

My Intellectual Circle (MyIC) sekaligus membincangkan untuk menerbitkan modul dan buku bank soalan My Intellectual Circle (MyIC).