PIMPIN Perkasakan Penyampaian Digital, Anjur Bengkel Pengurusan Portal dan Media Sosial
UMPSA PEKAN, 22 Januari 2026 – Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) hari ini mengambil langkah
proaktif dalam memperkasakan sistem penyampaian maklumat digitalnya menerusi penganjuran Bengkel Pengurusan Portal yang disampaikan oleh Encik Faizul Azley bin Muain, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat yang melibatkan penyertaan seluruh warga kerjanya.
Program yang berlangsung seharian di Bilik Mesyuarat PIMPIN ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan menyeluruh mengenai antaramuka dan fungsi sistem portal baharu jabatan tersebut. Inisiatif ini dilihat selaras dengan perkembangan teknologi semasa yang menuntut penyebaran maklumat yang pantas dan tepat.
Sepanjang bengkel dijalankan, para staf telah didedahkan dengan latihan secara praktikal (hands-on) berkaitan cara pengurusan sistem. Ini termasuklah tutorial memuat naik berita, mengemaskini takwim program, serta memahami fungsi pentadbiran di belakang tabir portal berkenaan.
Selain fokus kepada aspek teknikal portal, bengkel ini turut menjadi platform strategik bagi menyelaras semula pengurusan media sosial jabatan. Hasil daripada perbincangan tersebut, pelantikan Person in Charge (PIC) khusus telah dimuktamadkan. PIC yang dilantik akan memikul tanggungjawab untuk memantau, menyelenggara, dan memastikan kandungan di portal serta media sosial PIMPIN sentiasa dikemaskini dan relevan.
Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat meningkatkan kompetensi digital staf PIMPIN, sekaligus memastikan segala info dan program pembangunan insan yang dirancang dapat disebarluaskan kepada masyarakat dengan lebih efisien dan sistematik pada masa hadapan.
#PIMPINpesan
#Biahsolehah