OFFICIAL PORTAL    

News

REHLAH HUFFAZ SIRI 2/2026 MEMPERKUKUHKAN JALINAN UKHUWAH PELAJAR ULUL ALBAB UMPSA DENGAN ACARA BOWLING

Alhamdulillah, Program Rehlah Huffaz Siri 2/2026 telah berjaya dilaksanakan di Kuantan Mega Lanes bermula jam 11.45 pagi hingga 1.30 petang.

Program ini melibatkan seramai 30 orang peserta terdiri daripada pelajar Ulul Albab dan guru tasmik. Rehlah Huffaz ini merupakan inisiatif PIMPIN bagi memberi ruang kepada pelajar melakukan aktiviti rekreasi, mengeratkan jalinan ukhwah serta menyuntik motivasi diri untuk terus komited mengikuti program tahfiz yang telah disusun atur.

Semoga program seperti ini dapat terus menjadi medan pembinaan diri, pengukuhan ukhwah dan penyegar semangat buat para huffaz dalam meneruskan perjalanan bersama al-Quran.