FORUM MAAL HIJRAH 1448H/2026M SEMARAKKAN PENGHAYATAN HIJRAH WARGA UMPSA
Pekan, 23 Jun 2026 – Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Forum Maal Hijrah 1448H/2026M
bertempat di Auditorium Perpustakaan UMPSA Pekan sempena sambutan Awal Muharam.
Forum yang berlangsung dari jam 9.45 pagi hingga 12.00 tengah hari itu menampilkan dua panel jemputan istimewa iaitu Iwan Syahman (Iwan Dangdut) dan Ustaz Akbar Azmi(Mantan Kumpulan Brothers). Perkongsian kedua-dua panel di dalam forum yang dikendalikan oleh En. Muhammad Fauzi Bin Ali memberi penekanan kepada penghayatan makna hijrah sebagai proses perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik berlandaskan ajaran Islam, di samping berkongsi pengalaman kehidupan dan cabaran dalam mengekalkan istiqamah.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga UMPSA, khususnya staf,pelajar dan juga agensi kerajaan setempat.
Penganjuran forum ini merupakan antara inisiatif PIMPIN dalam memperkasakan pembangunan insan yang seimbang selaras dengan aspirasi UMPSA untuk melahirkan warga universiti yang cemerlang dari aspek intelektual, spiritual dan akhlak.