Seminar Ibrah Israk & Mikraj 2026 Tarik Penyertaan Pelbagai Peringkat
UMPSA PEKAN, 28 Januari 2026 – Pusat Islam & Pembangunan Insan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Seminar Ibrah Israk & Mikraj 2026 peringkat universiti pada Rabu bertempat di Dewan Kuliah Utama, Pusat Bahasa Moden UMPSA Pekan.
Program yang berlangsung dari 8.45 pagi hingga 12.30 tengah hari ini melibatkan seramai 225 orang peserta terdiri daripada warga UMPSA, agensi kerajaan dan pelajar sekolah.
Seminar ini menampilkan dua slot utama, iaitu “Israk & Mikraj: Falak Dalam Kehidupan Muslim – Antara Ibadah & Sains” oleh Ustaz Dr. Ahmad Irfan bin Ikmal Hisham, Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan UMPSA, serta “Bagaimana Tarikh Puasa & Hari Raya Ditentukan di Malaysia” oleh YBhg. Dato’ Sr. Dr. Azhari bin Mohamed, Mantan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.
Penganjuran seminar ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta terhadap peristiwa Israk dan Mikraj serta peranan ilmu falak dalam pelaksanaan ibadah umat Islam.
#PIMPINpesan
#BiahSolehah