OFFICIAL PORTAL    

News

Naib Canselor UMPSA Lancar Festival Ramadan 2026M / 1447H

Naib Canselor UMPSA Lancar Festival Ramadan 2026M / 1447H

UMPSA PEKAN, 28 Januari 2026 – Pusat Islam & Pembangunan Insan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah merasmikan Pelancaran Program Festival Ramadan Peringkat UMPSA 2026M / 1447H pada Rabu, bertempat di Dewan Kuliah Utama, Pusat Bahasa Moden UMPSA Pekan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Yatimah binti Alias , Naib Canselor UMPSA, dan diiringi oleh YBhg. Ustaz Dr. Ahmad Irfan bin Ikmal Hisham , Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN).

Dalam majlis itu, Yayasan UMPSA turut menyampaikan Sumbangan Ramadan berjumlah RM121,400.00 kepada Pusat Islam & Pembangunan Insan bagi menyokong pelaksanaan program-program Ramadan di universiti.

#PIMPINpesan

#BiahSolehah