Kuliah Dhuha Sempena Nisfu Syaaban Tingkat Semangat & Persediaan Bertemu Ramadan 1447H
PEKAN, 30 Januari 2026 – Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Kuliah Dhuha Khas Nisfu Syaaban bertajuk “Malam Keampunan & Persediaan Ramadhan” pada jam 9.45 pagi bertempat di Masjid Al-Jazari UMPSA Pekan.
Kuliah istimewa ini telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Dr. Mohd Fakhrurazi bin Mohd Hanapi (PU Razi) bersempena Festival Ramadan UMPSA 2026M/1447H, bertujuan menyemai penghayatan rohani serta mempersiapkan warga kampus dalam menyambut malam Nisfu Syaaban dan kedatangan bulan Ramadan.