OFFICIAL PORTAL    

News

PIMPIN UMPSA TERIMA SUMBANGAN RM50,000 DARIPADA PUSAT ZAKAT & WAKAF PAHANG

PEKAN, 18 Jun 2026 – Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

menerima sumbangan geran berjumlah RM50,000 daripada Pusat Zakat & Wakaf Pahang bagi menyokong pelaksanaan aktiviti dakwah dan pembangunan insan di universiti.

Sumbangan tersebut telah diterima oleh Pengarah PIMPIN, YBhg. Al-Fadhil Dr. Ahmad Irfan bin Ikmal Hisham dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Wakaf yang menghimpunkan beberapa institusi pendidikan Islam, masjid dan badan kebajikan di negeri Pahang.

Menurut Dr. Ahmad Irfan, sumbangan berkenaan merupakan satu amanah yang akan dimanfaatkan sebaiknya bagi memperkasakan agenda pembangunan insan selaras dengan aspirasi UMPSA untuk melahirkan graduan yang seimbang dari aspek akademik, sahsiah dan nilai.

PIMPIN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Zakat & Wakaf Pahang atas kepercayaan dan sokongan berterusan dalam memperkukuh usaha dakwah serta pembangunan insan di UMPSA. Kerjasama strategik ini diharap dapat diteruskan demi memperluas manfaat wakaf kepada komuniti universiti dan masyarakat secara keseluruhannya.