Kunjungan Hormat PIMPIN UMPSA ke Tabung Haji Negeri Pahang
Kuantan, 3 Februari 2026 - Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Tabung Haji Negeri Pahang. Delegasi PIMPIN diketuai oleh Pengarah PIMPIN, Dr Ahmad Irfan bin Ikmal Hisham, diiringi oleh Ustaz Muhammad Sallehuddin Md Derus dan Ustazah Amira binti Abdullah, disambut oleh Pengarah Tabung Haji Negeri Pahang, Tuan Hj Rosdi bin Dollah dan Puan Hajah Norazila binti Mohamad, Ketua Pasukan Cawangan Bergerak Negeri Pahang.
Dalam kunjungan ini, kedua-dua pihak telah berbincang mengenai potensi kolaborasi dalam bidang latihan, pendidikan, aktiviti pelajar, sumbangan komuniti, dan produk penyelidikan.
Tabung Haji Negeri Pahang merupakan antara agensi yang membayar zakat tertinggi di negeri Pahang dengan jumlah melebihi RM5 juta pada tahun 2025. TH Negeri Pahang juga setiap tahun sejak 2020 komited menghulurkan sumbangan kepada mahasiswa UMPSA. Pada tahun 2025, menerusi sumbangan Program Iqra’ TH yang merupakan inisiatif pembangunan modal insan TH, sejumlah RM600,000 telah diagihkan kepada mahasiswa UMPSA khasnya daripada keluarga B40 dan asnaf.
#PIMPINpesan
#BiahSolehah
#UMPSAMalaysia
#JHEPAUMPSA