OFFICIAL PORTAL    

News

UMPSA Edar 500 Pek Bubur Lambuk Sempena Ramadan

Pekan,13 Mac- Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui Pusat Islam dan Pembangunan Insan

(PIMPIN) telah mengedarkan sebanyak 500 pek bubur lambuk

kepada warga kampus sempena program agihan bubur lambuk. Agihan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMPSA, Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed bersama Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN), Dr. Ahmad Irfan Ikmal Hisham kepada para pelajar serta warga universiti.Program ini merupakan hasil tajaan Naib Canselor UMPSA, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias serta syarikat Isuzu yang menyumbang sebanyak 500 pek bubur lambuk untuk diagihkan kepada warga UMPSA dan komuniti setempat. Menurut Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim, program seperti ini bukan sahaja menyemarakkan suasana Ramadan di kampus, malah turut memperkukuh semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam kalangan warga universiti.“Inisiatif ini juga diharap dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pengurusan universiti, staf dan pelajar di samping menyemai nilai berkongsi rezeki sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini,” ujarnya.Inisiatif ini diadakan bagi menyemarakkan sambutan Ramadan di samping memupuk semangat kebersamaan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga universiti.