Kemudahan asas Masjid UMPSA
Bertanggungjawab menjalankan program pembangunan insan di kalangan warga UMP selaras dengan matlamat melahirkan modal insan yang seimbang dari sudut mental, fizikal, emosi dan rohani. Aktiviti yang dilaksanakan adalah berbentuk latihan, bengkel, seminar, kursus, ceramah dan sebagainya yang menjurus kepada pemantapan kefahaman Islam serta nilai-nilai murni universal dan penghayatannya di dalam kehidupan seharian
RUANG solat UTAMA
Masjid UMPSA Pekan berada di tingkat 2 bangunan Pusat Pelajar.
ruang wudHUK
Kemudahan asas untuk jemaah Masjid.
kelas kafa
Buat masa ini, Kelas KAFA UMPSA beroperasi di UMPSA Kampus Gambang. Pengambilan murid KAFA adalah bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 5. KAFA UMPSA juga mewujudkan suatu sistem kelas pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain yang kemas, seragam dan bersepadu. Waktu pembelajaran KAFA adalah setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Bilik mesyuarat / syura
Boleh memuatkan 10 orang ahli mesyuarat dalam satu masa.
bilik pengurusan jenazah
Buat masa ini, ruang pengurusan jenazah beroperasi di UMPSA Kampus Gambang. Lengkap dengan kemudahan kafan dan mandian, pengurusan jenazah turut menyediakan kenderaan jenazah ke tempat pengebumian.
perpustakaan mini
Lebih 1,000 unit buku dan bahan bacaan umum dan islami disediakan kepada pengunjung. Buat masa ini, Perpustakaan Mini beroperasi di Masjid UMPSA Kampus Gambang.
dapur
Dengan kapasiti keupayaan menyediakan 1,000 pek makanan, Dapur Masjid mampu menyediakan juadah berbuka puasa kepada jemaah sepanjang 30 hari ramadan secara percuma.
bilik vip
The monkey-rope is found in all whalers; but it was only in the Pequod that the monkey and his holder were ever tied together. This improvement upon the original usage was introduced by no less a man than Stubb.
bilik seminar
Boleh menempatkan 30 orang peserta kursus pendek pada satu masa lengkap dengan kemudahan LCD Projektor, kerusi dan meja seminar.
tandas
Kemudahan asas jemaah di Masjid UMPSA.