Masjid UMPSA Pekan
Idea untuk membina pusat sehenti kerohanian bermula sejak penubuhan UMPSA(dahulunya dikenali sebagai UMP) lagi. Ia sejajar dengan inisiatif UMPSA menerusi nilai terasnya yang pertama "Hubungan Kuat Dengan Maha Pencipta" dan menjadi keutamaan universiti merealisasikan instrumen penyatuan warganya dengan Pusat Islam menjadi penggeraknya.
Sejarah Masjid UMPSA
- 2009 :Surau Fakulti Teknologi Kejuteraan Mekanikal & Automotif dijadikan Surau Sementara.
- 2009 :Pembinaan Masjid Sementara UMPSA di Tingkat 2 Pusat Aktiviti Pelajar bermula.
- 2011 :Masjid Sementara UMPSA mula beroperasi di Tingkat 2 Bangunan Pusat Aktiviti Pelajar.
- 2017 :Pembinaan Masjid Baharu UMPSA bermula.
Konsep, Teknologi & Rekabentuk
- Dibina di atas tanah berkeluasan 7.5 ekar;
- Memuatkan 3,500 orang jemaah pada satu masa;
- Kos pembinaan masjid Fasa 1 RM21.5 juta;
- Rekabentuk gabungan corak Islamik dan elemen tempatan;
- Bumbung 8 penjuru bercirikan Vernakular(pitched roof);
- Teknologi Pengudaraan Silang menggunakan blok bata tempahan khas;
- Pakej fasiliti komprehensif KAFA, Dewan, Bilik Seminar dan Pengurusan Jenazah.