MAJLIS APRESIASI PIMPIN SESI 2025
Kuantan, 9 Januari 2026 - Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) telah melaksanakan program Majlis Apresiasi PIMPIN bagi meraikan staf, pelajar dan murid KAFA yang bersama-sama menjayakan program PIMPIN serta yang berjaya dalam peperiksaan.
Seramai 185 orang yang hadir dalam program ini iaitu para pentazkirah kuliah Maghrib Masjid UMPSA, para pelajar Ulul Albab yang mendapat Sijil Pencapaian Hafazan dari Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Pelajar Ulul Albab yang akan tamat pengajian, Imam dan bilal sambilan Masjid UMPSA, staf pembersihan Masjid, Ahlijawatankuasa Rakan Siswa YADIM dan murid-murid SAR KAFA Masjid UMPSA yang mendapat kejayaan dalam peperiksaan Akhir Tahun bersam ahli keluarga.
Program ini diserikan dengan Bacaan Al-Quran dari Peljar Ulul Albab, persembahan Nasyid dari Kumpulan Baraqah Baggers, persembahan Nasyid dari Murid KAFA Tahun 5 dan persembahan bercerita dari Murid KAFA Tahun 3.