Kunjungan Hormat Rombongan MAHEIS ke UMPSA Buka Peluang Baru Perkasa Aktiviti Mahasiswa
Kuala Pahang, 8 Julai 2026 | 22 Muharam 1448H - Pusat Islam & Pembangunan Insan telah menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Hal Ehwal Islam Institut Pengajian Tinggi Malaysia (MAHEIS) ke Kompleks Masjid al-Jazari.
Terdahulu, rombongan yang diketuai oleh Ustaz Zuhaimi bin Abdul Rahim selaku Pengarah MAHEIS merangkap Pengarah Pusat Islam UPM, telah mengadakan lawatan tapak ke Akademi ADAB JHEPA UMPSA.
Rombongan turut disantuni oleh Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMPSA dan Chm. Dr. Siti Umairah Binti Mokhtar, Pengarah Akademi ADAB UMPSA serta kakitangan ADAB yang lain.
Setelah itu, rombongan MAHEIS mengadakan kunjungan hormat dan mesyuarat di Bilik Mesyuarat al-Jazari.
Kunjungan ini selain bertujuan untuk merapatkan persaudaraan antara pusat-pusat Islam IPT Malaysia, ia turut meletakkan sasaran untuk kerjasama dan kolaborasi program pemerkasaan mahasiswa pada masa akan datang.
#PIMPINPesan
#BiahSolehah