OFFICIAL PORTAL    

News

Jom Lepak Masjid @Masjid UMPSA Gambang

JOM LEPAK MASJID @MASJID UMPSA GAMBANG

GAMBANG, 11 Januari 2026 - Program Jom Lepak Masjid @ Masjid UMPSA Gambang anjuran Pusat Islam Dan Pembangunan Insan (PIMPIN) dengan kerjasama Rakan Siswa YADIM (RSY) UMPSA telah berjaya dianjurkan pada 10 hingga 11 Januari 2026 di Masjid UMPSA Kampus Gambang dengan penyertaan seramai 48 orang peserta termasuk 1 orang dari kalangan non muslim.


Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan merangkumi Modul Kecergasan Minda, BBQ, Qiyamullail, Kuliah Subuh dan Gotong Royong dapur masjid bagi memperkukuh aspek kerohanian, mental dan hubungan ukhuwah dalam kalangan peserta.


Program ini berjaya menghidupkan suasana masjid sebagai pusat pembinaan sahsiah dan pengukuhan spiritual, selari dengan aspirasi UMPSA dalam melahirkan insan yang seimbang dan berakhlak.

 

#pimpinpesan
#biahsolehah
#RakanSiswaYadim
#UniversitiMalaysiaPahangAlSultanAbdullah
#fastabiqulkhairat