Geopolitik Global: Implikasi Konflik Antarabangsa Terhadap Ekonomi Malaysia & Kesejahteraan Rakyat
PEKAN, 4 Mei 2026 – Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN), UMPSA hari ini telah menganjurkan diskusi eksklusif “Jom Tanya Pakar” yang mengupas tajuk kritikal iaitu Geopolitik Global: Implikasi Konflik Antarabangsa Terhadap Ekonomi Malaysia & Kesejahteraan Rakyat.
Sesi yang berlangsung secara dalam talian dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari ini menampilkan barisan panel akademik tersohor bagi membincangkan ketidaktentuan landskap global masa kini.
Panel pertama, Prof. Dr. Kamaruzaman bin Yusoff (UM) seorang pakar sejarah dan geopolitik telah mengupas berkaitan dinamika konflik antarabangsa serta sejarah ketegangan kuasa besar. Panel kedua, Dr. Abdul Rais bin Abdul Latiff (USM), merupakan seorang pakar ekonomi juga telah membincangkan kesan rantaian konflik terhadap harga komoditi, keselamatan tenaga, dan kos sara hidup rakyat. Diskusi Jom Tanya Pakar ini telah dikendalikan oleh Encik Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd Zain (UMPSA) yang bertindak sebagai moderator untuk mengemudi perbincangan diantara 2 panel jemputan tersebut.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk mendekatkan kepakaran akademik dengan isu-isu semasa yang menyentuh kepentingan nasional dan kesejahteraan rakyat Seramai 70 orang peserta dikalangan warga UMPSA dan orang awam yang telah mengikuti program diskusi ini. Pihak urusetia mengharapkan penganjuran program ini dapat memberikan ilmu pengetahuan, pemahaman dan kesedaran kepada para peserta khusus berkaitan konflik dunia yang sedang berlaku.