CERAMAH NUZUL AL-QURAN SEMPENA FESTIVAL RAMADAN UMPSA 2026
PEKAN, 4 Mac 2026 – Bersempena Festival Ramadan 2026M/1447H, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
telah menganjurkan Ceramah Nuzul Al-Quran pada 4 Mac 2026 bersamaan 14 Ramadan 1447H, bertempat di Auditorium Perpustakaan UMPSA Pekan.
Program anjuran Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) dengan kerjasama rakan strategik ini menampilkan penceramah jemputan, Ustaz Muhamad Syaari bin Ab. Rahman, seorang pendakwah bebas yang terkenal dengan pendekatan tadabbur al-Quran yang berimpak dan dekat dengan masyarakat.
Ceramah yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi itu memberi penekanan terhadap penghayatan peristiwa Nuzul al-Quran sebagai asas pembinaan sahsiah, keilmuan dan integriti warga universiti. Program ini turut mendapat sambutan menggalakkan daripada staf dan pelajar yang hadir bagi mengimarahkan Ramadan dengan pengisian ilmiah dan rohani.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan UMPSA dalam memperkasa budaya ilmu dan membudayakan al-Quran dalam kehidupan kampus selaras dengan aspirasi universiti berteraskan nilai dan kesejahteraan sejagat.