OFFICIAL PORTAL    

News

KURSUS INTENSIF IBADAH HAJI & UMRAH 1447H / 2026

Pekan - Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah berjaya menganjurkan Kursus Intensif Ibadah Haji & Umrah bagi tahun 1447H / 2026. Program yang berlangsung selama dua hari ini telah diadakan pada 13 dan 14 April 2026 bertempat di Dewan Mini Masjid Al Jazari, UMPSA Pekan. Kursus ini bermatlamat untuk memberikan kefahaman yang komprehensif serta persediaan mental dan fizikal kepada bakal-bakal jemaah sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Pada hari pertama program, sesi dimulakan dengan Slot 1 yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Haji Mohamad Hilmi Bin Mat Said pada jam 9.00 pagi. Beliau telah membincangkan secara mendalam mengenai tajuk "Rukun dan Wajib Haji" yang merupakan asas terpenting dalam kesempurnaan ibadah tersebut. Sesi kemudiannya diteruskan lagi oleh Ustaz Dr. Haji Mohamad Hilmi Bin Mat Said menerusi Slot 2 yang menyentuh aspek teknikal seperti cara-cara mengerjakan haji, thaharah (bersuci), dan tatacara solat yang betul semasa dalam perjalanan atau ketika berada di tanah suci.

Seterusnya pada sesi petang, tumpuan diberikan kepada aspek yang lebih spesifik melalui Slot 3 yang dikendalikan oleh Ustazah Hajjah Rokiah Binti Said, iaitu topik berkaitan larangan dalam ihram, urusan pembayaran dam (denda), serta membincangkan isu-isu fiqh khusus buat jemaah wanita. Pengisian ini amat penting bagi memastikan para peserta memahami perkara-perkara kecil yang boleh memberi kesan kepada keabsahan ibadah mereka.

Pada hari kedua pula, kursus difokuskan sepenuhnya kepada aspek praktikal dalam Slot 4 yang dikendalikan oleh Ustaz Dr. Haji Abdul Kamil Bin Jamaludin. Para peserta diberikan pelaksanaan praktikal bersama penceramah untuk menguatkan kefahaman mereka. Program diakhiri dengan majlis penutup yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr. Ahmad Irfan bin Ikmal Hisyam, Pengarah PIMPIN.

Pihak penganjur berharap inisiatif ini dapat membantu melahirkan jemaah yang berilmu dan berkeyakinan tinggi dalam melaksanakan ibadah haji dan umrah.

 

#PIMPINpesan

#BiahSolehah