KUMPULAN BARAQAH BEGGERS UMPSA SERTAI PERTANDINGAN NASYID HAIBES
Kuala Lumpur, 12 April 2026 – Kumpulan Baraqah Beggers telah menyertai pertandingan nasyid sempena Hari Ihtifal Bestari (HAIBES) yang berlangsung pada 11 hingga 12 April 2026 di Universiti Malaya. Penyertaan kumpulan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam mengembangkan bakat dan minat dalam bidang seni nasyid di samping memartabatkan hiburan berunsur Islamik.
Pertandingan yang menghimpunkan pelbagai kumpulan nasyid dari institusi pendidikan dan komuniti luar ini turut menjadi platform untuk mengasah kemahiran persembahan, memperkukuh keyakinan diri serta menyemai semangat ukhuwah dalam kalangan peserta.
Penglibatan Kumpulan Baraqah Beggers diharapkan dapat memberi pengalaman berharga serta menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
#PIMPINpesan
#BiahSolehah