Di Sebalik Nama Bulan Syaaban
Bulan-bulan dalam kalendar Hijriah mempunyai makna yang tersendiri. Ini termasuklah bulan Syaaban, yang dapat disimpulkan betapa bulan Syaaban ini amat sinonim dengan bulan ‘persiapan’.
Dalam Kitab Umdah al-Qari, dinyatakan bahawa:
"Dinamakan dengannya (Sya'ban) kerana padanya bercabang (terpancar) kebaikan yang banyak seperti mana bulan Ramadan. Ada pula yang berpendapat: Kerana mereka (orang Arab) dahulunya berpecah-pecah (bertebaran) pada bulan tersebut setelah sebelumnya berkumpul, dan bentuk jamaknya (plural) ialah Shi’abin dan Sha’banat.
Ibnu Duraid berkata: Dinamakan sedemikian kerana mereka bertebaran padanya, iaitu: berpecah-pecah untuk mencari sumber air buat bekalan.
Di dalam kitab Al-Muhkam pula dinyatakan: Dinamakan sedemikian kerana mereka bertebaran untuk melakukan serangan (setelah tidak berperang sebulan Rejab).
Imam Tha’lab berkata: Sebahagian ulama berpendapat: Sesungguhnya ia dinamakan Sya'ban kerana ia sha'aba, iaitu: muncul (berada) di antara bulan Ramadan dan Rejab. Daripada Tha’lab juga: Sya'ban merupakan bulan di mana kabilah-kabilah berpecah-pecah, iaitu bertebaran dengan tujuan menemui raja-raja dan mencari pemberian (kurniaan)."
Marilah kita bersama-sama meniru contoh ulamak salafussoleh, yang menjadikan bulan Syaaban sebagai medan mereka meningkatkan ibadah, bagi menuju ke gerbang Ramadan al-Mubarak.
#PIMPINpesan
#biahsolehah
#JHEPAUMPSA
#UMPSAMalaysia