Isu Solat Zohor Ketika Minggu Peperiksaan
Antara isu yang kerap dibangkitkan oleh warga kampus semasa musim peperiksaan ialah waktu yang agak singkat untuk solat serta premis solat yang kurang selesa, khasnya semasa sesi petang.
Berdasarkan Lab@PIMPIN (eksperimen sosial 26012026).
Azan Zuhur: 1:23 pm
Iqamat: 1:30 pm (diawalkan pada minggu peperiksaan)
Tamat solat: 1:40 pm
Tamat wirid: 1:43 pm
Waktu mula peperiksaan sesi petang: 2:15 pm (dilewatkan oleh pengurusan akademik atas maklum balas staf dan pelajar)
Dalam eksperimen sosial di Masjid UMPSA Gambang sebentar tadi, hasil dapatan fakta di atas membuktikan bahawa warga UMPSA mempunyai ruang yang mencukupi untuk bergerak ke dewan peperiksaan sesi petang walaupun berjemaah di Masjid. Imam Zuhur, Dr Sabri memimpin solat dengan toma’ninah, tamat solat sekitar jam 1:40 pm. Pengawas peperiksaan masih sempat solat di Masjid dan bergegas ke Dewan Peperiksaan sebelum jam 1:45 pm. Begitu juga pelajar, masih sempat ke dewan peperiksaan.
Sepatutnya, tiada alasan untuk tidak solat kerana jadual peperiksaan. Kalau tidak ke masjid, masih banyak premis solat yang ada di sekitar dewan peperiksaan. Maka dirikanlah solat, kerana sesungguhnya solat itu tiang agama. Ini selari dengan nilai teras pertama UMPSA, iaitu “Hubungan yang kuat dengan Yang Maha Pencipta”.
Pun demikian, saya amat menyokong usaha untuk menaiktaraf kemudahan tempat solat di premis seperti Kompleks Sukan Gambang dan Dewan Serbaguna UMPSA Pekan, bagi memudahkan warga kampus solat dengan selesa.
#MindaPengarahPIMPIN
#PIMPINPesan
#biahsolehah
#JHEPAUMPSA
#UMPSAMalaysia