Oleh : Dr. Ahmad Irfan bin Ikmal Hisham, Pengarah PIMPIN
#PIMPINPesan
“Common sense”, ini Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar sekarang, Gen Z, dikatakan kurang memiliki “common sense” dalam kehidupan seharian. Berkebetulan hujung minggu ini saya menghantar anak-anak pulang ke asrama dan mendengar celoteh guru warden mengenai akhlak pelajar khasnya di asrama, sempena hari kembali ke sekolah. Dibangkitkan isu sikap pelajar di asrama yang tidak cakna dengan perkara asas kehidupan.