Umat Islam Dijangka Berpuasa Khamis
Umat Islam dijangka berpuasa Ramadan mulai hari Khamis, 19 Februari 2026. Berdasarkan data rukyah JUPEM, umat Islam akan melakukan cerapan pada 29 Syaaban 1447, Selasa bersamaan 17 Februari 2026.
Data mendapati bahawa semasa matahari terbenam (iaitu tempoh bermulanya cerapan hilal), bulan sudah terbenam di bawah ufuk. Ijtimak (astronomical conjunction) pula hanya akan berlaku sekitar jam 8:01 malam 17 Februari 2026. Secara sunnatullah dan saintifiknya, anak bulan tidak mungkin dapat dilihat.
Atas data inilah, terdapat beberapa negara umat Islam yang sejak dari awal membuat pengisytiharan 1 Ramadan jatuh pada hari Khamis, seperti Oman dan Singapura.
Di Malaysia, memandangkan kita melaksanakan polisi Rukyah dan Hisab untuk pengisbatan hilal, maka umat Islam dinasihatkan untuk menantikan pengisytiharan rasmi daripada pihak berkuasa.
Dr Ahmad Irfan Ikmal Hisham
Pengarah PIMPIN UMPSA
#UMPSAMalaysia
#PIMPINPesan
#BiahSolehah
#JHEPAUMPSA