AKADEMI DA'I MUDA LATIH PEMIMPIN BERKETRAMPILAN

AKADEMI DA'I MUDA LATIH PEMIMPIN BERKETRAMPILAN

UMP Pekan, 14 & 15 September 2019 – Seramai 45 orang fasilitator yang dilantik telah menghadiri Program Akademi Dai’e Muda. Fasilitator merupakan dalam kalangan pelajar UMP Gambang & Pekan.

 

Fasilitator yang dilantik perlu mengetuai kumpulan pelajar yang akan mengambil subjek Kemahiran Insaniah (UHS1021). Oleh itu, antara objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memberi pengisian serta ilmu pengetahuan berkenaan modul yang akan disampaikan oleh fasilitator nanti.

 

Terdapat 4 slot dalam program ini sepanjang 2 hari dianjurkan. Slot 1 : “Akidah : Isu Semasa & Kontemporari” oleh: Ustaz Mohd Rizal Bin Mohd Ali Nafiah. Slot 2: “Youth Leadership : Skills Good Leaders Need” oleh: Encik Suhail Bin Mohamed Kamaruddin. Slot 3: “Ibadah Seorang Muslim” oleh: Dr. Mansor Bin Sulaiman dan yang terakhir Slot 4: “Akhlak Seorang Muslim” oleh: Dr Mohamad Hilmi Bin Mat Said.


Print   Email