OFFICIAL PORTAL    

Berita

KURSUS INTENSIF IBADAH HAJI & UMRAH 1447H / 2026

Pekan - Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah berjaya menganjurkan Kursus Intensif Ibadah Haji & Umrah bagi tahun 1447H / 2026. Program yang berlangsung selama dua hari ini telah diadakan pada 13 dan 14 April 2026 bertempat di Dewan Mini Masjid Al Jazari, UMPSA Pekan. Kursus ini bermatlamat untuk memberikan kefahaman yang komprehensif serta persediaan mental dan fizikal kepada bakal-bakal jemaah sebelum berangkat ke Tanah Suci.

PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN DI KG. ORANG ASLI (KOA) CHENAN CHERAH BARU

CAMERON HIGHLANDS - Satu Program Pembangunan Insan telah berjaya dilaksanakan di Kampung Orang Asli (KOA) Chenan Cherah Baru pada 6 dan 7 Februari 2026 dengan matlamatmenyantun komuniti setempat khususnya anak-anak orang asli melalui pengisian kerohanian dan pendidikan asas Islam.

KUMPULAN BARAQAH BEGGERS UMPSA SERTAI PERTANDINGAN NASYID HAIBES

Kuala Lumpur, 12 April 2026 – Kumpulan Baraqah Beggers telah menyertai pertandingan nasyid sempena Hari Ihtifal Bestari (HAIBES) yang berlangsung pada 11 hingga 12 April 2026 di Universiti Malaya.

Majlis Khatam al-Quran dan World #QuranHour 2026

PEKAN, 11 Mac 2026 – Seramai 190 orang staf Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, UMPSA telah menyertai Majlis Khatam al-Quran dan World #QuranHour yang berlangsung di Masjid Al-Jazari, UMPSA Pekan. 

Jom Lepak Masjid @Masjid UMPSA Gambang

GAMBANG, 11 Januari 2026 - Program Jom Lepak Masjid @ Masjid UMPSA Gambang anjuran Pusat Islam Dan Pembangunan Insan (PIMPIN) dengan kerjasama Rakan Siswa YADIM (RSY) UMPSA telah berjaya dianjurkan pada 10 hingga 11 Januari 2026 di Masjid UMPSA Kampus Gambang dengan penyertaan seramai 48 orang peserta termasuk 1 orang dari kalangan non muslim.

58 Pelajar Sertai Daurah Hafazan Ulul Albab Semester 1 Sesi 25/26

Melaka, 15 Februari - Seramai 58 pelajar Program Pensijilan Ulul Albab Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah telah mengikuti Program Daurah Hafazan Ulul Albab Bil. 1/26 pada 13–15 Februari 2026 di Rekta Habitat, Pulau Gadong, Melaka.

Seminar Akhir Zaman : Kemunculan Yakjuj Makjuj

 

GAMBANG, 11 Februari 2026 – Seminar Akhir Zaman: Kemunculan Yakjuj dan Makjuj berjaya menghimpunkan seramai 151 peserta dalam satu program ilmiah yang berlangsung di Dewan Tun Fatimah, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Kampus Gambang, hari ini.