LAWATAN PENANDA ARAS POLITEKNIK MUADZAM SHAH KE PUSAT ISLAM DAN PEMBANGUNAN INSAN (PIMPIN), UMPSA
Pada 15 Jun 2026, Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan seramai 15 orang delegasi dari Politeknik Muadzam Shah.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat kemudahan dan keunikan Masjid Al-Jazari serta mendapatkan maklumat berkaitan program-program yang dilaksanakan oleh PIMPIN.
Sepanjang lawatan, delegasi telah diberikan taklimat ringkas mengenai peranan dan fungsi PIMPIN dalam mengurus hal ehwal Islam, pembangunan sahsiah serta pelaksanaan pelbagai program kerohanian dan kemasyarakatan di UMPSA. Sesi perkongsian turut memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan dan idea berkaitan pengurusan program, aktiviti pembangunan insan serta pengimarahan masjid.
Selain itu, para delegasi turut dibawa melawat sekitar kampus UMPSA dengan menaiki buggy bagi melihat kemudahan dan persekitaran universiti. Diharapkan hubungan baik yang terjalin antara Politeknik Muadzam Shah dan UMPSA dapat diteruskan melalui kerjasama serta perkongsian ilmu yang bermanfaat pada masa akan datang.
#PIMPINpesan
#BiahSolehah